Doa Fatima
Doa Fatima

Doa Fatima

Doa Fátima (pelafalan dalam bahasa Portugis: ˈfatimɐ) ialah doa-doa yang berasal dari Penampakan Maria di Fátima, Portugal pada tahun 1917.[1] Mesej utama dari penampakan tersebut ialah ajakan bagi semua umat untuk sentiasa berdoa, dan desakan pertobatan seluruh dunia; sehingga tema utama dari doa-doa Fatima ialah pertaubatan.[2] Terdapat pelbagai "Doa Fatima", tetapi yang paling dikenal umum ialah yang digunakan di The Decade Prayer dalam Doa Rosario.[1] Doa-doa Fatima tidak termasuk dalam doa liturgi; dan beberapa kalangan menganggap Doa Fatima yang digunakan dalam Doa Rosario sebagai versi lain dari Doa Yesus di persekitaran Katolik Rom.Doa Fatima yang digunakan sebagai doa pada akhir 1 rangkaian peristiwa (The Decade Prayer) —didaraskan selepas Kemuliaan— dalam Doa Rosario ialah sesuai permintaan Bunda Maria semasa penampakan di Fátima, Portugal pada 13 jun 1917.[1] Doa ini tidak diwajibkan untuk didaraskan semasa Doa Rosario, iaitu bersifat opsyen, namun sudah umum digunakan banyak kalangan (contohnya di Vatican, Amerika Syarikat, Indonesia).[3][4][5]Versi asli dalam bahasa Portugis:[1]Versi bahasa inggris dari Persidangan Biskop/Kebiskopan Katolik Amerika Syarikat (USCCB):[3]Versi Umum di Malaysia: